Spongebob Squarepants Dan Stanley S. Squarepants


Saya minat sungguh dengan cerita kartun ini. Lawak jenakanya bukan sahaja menghiburkan malahan ada juga perkara yang boleh dijadikan iktibar. Minggu ni spongebob menerima kunjungan dari saudaranya Stanley. Stanley adalah seorang budak yang bermasalah dimana dia tidak mampu melakukan apa-apa kerja. Dengan bantuan spongebob dia ditawarkan untuk berkerja di Crusty Crab bersama Spongebob. Banyak masalah yang dilakukan oleh Stanley sehingga akhirnya Mr Crab telah memecatnya dan menyuruh Stanley bekerja dengan pesaing utamanya Mr Plankton dengan tujuan untuk menjatuhkannya.

Apa pengajarannya ?

TM HSBB bakal dilancarkan suku tahun pertama 2010

Telekom Malaysia melaporkan bahawa projek "High Speed Broadband (HSBB)" sedang dilaksanakan dan dijangkan akan dilancarkan pada suku pertama 2010. Pada masa ini, pembangunan infrastruktur sedang giat dilaksanakan dan sudahpun melangkaui lembah kelang menuju ke Putrajaya dan Nusajaya. Sehingga 31 Disember 2009 TM telahpun berjaya menyediakan perkhidmata HSBB untuk lebih 152,000 kediaman di sekitar lembah klang.

7 juta unit MacBook terjual sepanjang 2009

Apple insider melaporkan bahawa 7 juta unit MacBook telah terjual sepanjang 2009. Jumlah permintaan untuk MacBook telah meningkat daripada antara 300,000 ke 400,000 unit sebulan pada tahun lepas kepada 1juta unit pada penghujung tahun lepas.

Motivasi Rumput

Hari ini saya mencangkul rumput dekat depan rumah.. Letih, tapi baik untuk kesihatan. Badan pun berpeluh. Teringat apa pesan abah dulu, "Kamu kena buat kerja luar jugak, baru badan berpeluh, garam tak simpan dalam badan, badan jadi sihat". Betul cakap abah tu, lepas buat kerja-kerja macam ni, badan rasa lain sikit, lebih cergas.

Kata Dr HM  Tuah Iskandar al-Haj dalam buku dia bertajuk "Jangan Main-Main" tentang rumput "Walau macam mana kita buat kat rumput, dia tetap tumbuh dan tumbuh". Rumput tak pernah mengalah, walau macam mana kena cantas pun, dia tetap tumbuh. Tak pernah kisah apa yang orang buat kat dia. Minggu ni aku potong, minggu depan dia naik balik. Hebat betul..

Kita ni, kalau berdepan dengan masalah jangan cepat mengalah, teruskan berusaha walau macam mana susah pun Kerana setiap yang susah tu pasti ada kesenangan yang bakal menanti.

10 Laman web yang menjadi perhatian untuk tahun 2010

Tahun 2010 ini lebih banyak teknologi baru akan diperkenalkan oleh syarikat-syarikat teknologi dunia Walaupun kesan kelembapan ekonomi dunia masih terasa namun. Untuk tahun ini, saya akan lebih fokus kepada artikel berkenaan teknologi Komputer, Internet dan gadget-gajet semasa . Saya juga akan memasukkan maklumat berkenaan dengan kerjaya dalam bidang IT. Berikut disenaraikan laman web yang akan menjadi perhatian saya sepanjang 2010.