LogMeIn - Kawal komputer anda dari jauh

LogMeIn merupakan salah satu aplikasi yang biasa digunakan untuk mengawal komputer anda dari mana sahaja. Apa yang anda perlukan adalah internet dan browser. Sebagai contoh, sekiranya anda berada di pejabat dan anda ingin membuat sesuatu untuk komputer anda di rumah, LogMeIn dapat membantu anda dengan memberikan paparan skrin komputer anda di rumah untuk dikawal sepenuhnya dari pejabat.

Ia juga amat berguna kepada sistem administrator dimana ia dapat membantu dalam memberikan bantuan teknikal kepada pelanggan tanpa perlu datang ke premis tersebut. Dengan membuka akaun percuma anda dibenarkan untuk mengakses satu komputer sahaja. Video dibawah dapat memberikan gambaran kepada anda bagaimana log me in berfungsi.

Microsoft Certification

Dalam proses perkembangan kerjaya pengiktirafan dari badan-badan tertentu sudah pasti dapat membantu. Microsoft merupakan salah satu organisasi yang giat memberikan pengiktirafan kepada pakar-pakar IT dalam pelbagai bidang melalui Microsoft Certification. Namun, bagi sesiapa yang berminat mereka perlu terlebih dahulu menilai bidang apakah yang akan diberikan tumpuan dalam mendapatkan pengiktirafan tersebut.

Video berikut memberikan sedikit pengenalan berkenaan Microsoft Certification.


 *PS: KPI 2012 : 1 Certification dari Microsoft.