Menggunakan aplikasi Windows Xp di dalam Windows 7

Kadang kala, terdapat aplikasi-aplikasi yang hanya boleh dilarikan dalam persekiratan windows XP tetapi masih lagi diperlukan apabila kita menggunakan Windows 7. Apabila kita membeli laptop atau PC yang terbaru, sudah semestinya windows 7 digunakan sebagai sistem pengoperasiannya. Oleh sebab itu, ada sesetengah applikasi yang hanya boleh dilarikan dalam persekitaran windows XP tidak boleh digunakan lagi.

Bagi mengatasi masalah tersebut, pihak  Microsoft ada menyedia Windows XP mode dimana para pengguna boleh memuat turun applikasi tersebut di  http://www.microsoft.com/windows/virtual-pc/download.aspx. Dengan menggunakan windows xp mode, membolehkan windows xp di install ke dalam windows 7 dalam bentuk virtual pc. Dengan itu, semua aplikasi yang memerlukan platform windows xp boleh di install ke dalam virtual windows xp tersebut.

 Disamping itu juga, dengan mengaktifkan "Integration Feature", anda boleh melarikan applikasi tersebut terus dari windows 7, tanpa perlu membuka antaramuka windows xp terlebih dahulu.

Blog Pilihan : http://amanz.my

Amanz.my bukan nama asing bagi blogger di Malaysia. Ia merupakan sebuah blog berkenaan dengan teknologi maklumat yang pupular di kalangan pengguna online di malaysia. Kesemua artikel yang ditulis dalam laman blog amanz.my ini adalah menggunakan bahasa Malaysia. Ini memudahkan para pembaca di Malaysia yang kebanyakannya menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pertuturan. Ia amat membantu dalam memahami sesuatu artikel yang ditulis. Disamping itu, ia juga dapat memartabatkan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan. Untuk mengikuti perkembangan terkini di blog amanz.my, adalah lebih mudah sekiranya anda mengikutinya melalui "RSS Feed", twitter ataupun facebook. Sila klik link berikut untuk ke halaman blog amanz. http://amanz.my/