Spongebob Squarepants Dan Stanley S. Squarepants


Saya minat sungguh dengan cerita kartun ini. Lawak jenakanya bukan sahaja menghiburkan malahan ada juga perkara yang boleh dijadikan iktibar. Minggu ni spongebob menerima kunjungan dari saudaranya Stanley. Stanley adalah seorang budak yang bermasalah dimana dia tidak mampu melakukan apa-apa kerja. Dengan bantuan spongebob dia ditawarkan untuk berkerja di Crusty Crab bersama Spongebob. Banyak masalah yang dilakukan oleh Stanley sehingga akhirnya Mr Crab telah memecatnya dan menyuruh Stanley bekerja dengan pesaing utamanya Mr Plankton dengan tujuan untuk menjatuhkannya.

Apa pengajarannya ?

TM HSBB bakal dilancarkan suku tahun pertama 2010

Telekom Malaysia melaporkan bahawa projek "High Speed Broadband (HSBB)" sedang dilaksanakan dan dijangkan akan dilancarkan pada suku pertama 2010. Pada masa ini, pembangunan infrastruktur sedang giat dilaksanakan dan sudahpun melangkaui lembah kelang menuju ke Putrajaya dan Nusajaya. Sehingga 31 Disember 2009 TM telahpun berjaya menyediakan perkhidmata HSBB untuk lebih 152,000 kediaman di sekitar lembah klang.

7 juta unit MacBook terjual sepanjang 2009

Apple insider melaporkan bahawa 7 juta unit MacBook telah terjual sepanjang 2009. Jumlah permintaan untuk MacBook telah meningkat daripada antara 300,000 ke 400,000 unit sebulan pada tahun lepas kepada 1juta unit pada penghujung tahun lepas.