PTTC Data Centre

PTTC data centre dibangunkan untuk menyediakan perkhidmatan dan infrastruktur ICT bagi membantu perkembangan perniagaan. Ia terletak di Bangunan Perak Techno-Trade Centre, Bandar Meru Raya dan mempunyai kawasan seluas 2000 sq ft.

Antara perkhidmatan yang disediakan di sini adalah :
1) Shared Hosting - for windows hosting
2)Co-location server
3) Dedicated Server
4)Managed Security Services
5) Managed Backup
6) Remote Monitoring Services
7) Online availability services
8)Dedicated Bandwidth
9) Disaster Recovery Services

Layari Laman Web..

Digi Broadband Tiba di Ipoh.

       Satu perkembangan terbaru yang menarik minat saya adalah apabila DiGi mengumumkan bahawa akses kepada pakej DiGi Broadband telah diterima di Ipoh. Untuk itu, saya telah membuat semakan peta dalam lama web digi dan mendapati beberapa bahagian di kawasan Ipoh bermula dari Kawasan Kampung Tawas di sebelah utara, Taman Camay di sebelah selatan, Taman Pertama di sebelah timur dan kawasan Ulu Kinta di sebelah barat telah mendapat akses DiGi Broadband.

Spongebob Squarepants Dan Stanley S. Squarepants


Saya minat sungguh dengan cerita kartun ini. Lawak jenakanya bukan sahaja menghiburkan malahan ada juga perkara yang boleh dijadikan iktibar. Minggu ni spongebob menerima kunjungan dari saudaranya Stanley. Stanley adalah seorang budak yang bermasalah dimana dia tidak mampu melakukan apa-apa kerja. Dengan bantuan spongebob dia ditawarkan untuk berkerja di Crusty Crab bersama Spongebob. Banyak masalah yang dilakukan oleh Stanley sehingga akhirnya Mr Crab telah memecatnya dan menyuruh Stanley bekerja dengan pesaing utamanya Mr Plankton dengan tujuan untuk menjatuhkannya.

Apa pengajarannya ?