LogMeIn - Kawal komputer anda dari jauh

LogMeIn merupakan salah satu aplikasi yang biasa digunakan untuk mengawal komputer anda dari mana sahaja. Apa yang anda perlukan adalah internet dan browser. Sebagai contoh, sekiranya anda berada di pejabat dan anda ingin membuat sesuatu untuk komputer anda di rumah, LogMeIn dapat membantu anda dengan memberikan paparan skrin komputer anda di rumah untuk dikawal sepenuhnya dari pejabat.

Ia juga amat berguna kepada sistem administrator dimana ia dapat membantu dalam memberikan bantuan teknikal kepada pelanggan tanpa perlu datang ke premis tersebut. Dengan membuka akaun percuma anda dibenarkan untuk mengakses satu komputer sahaja. Video dibawah dapat memberikan gambaran kepada anda bagaimana log me in berfungsi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan