Digi Broadband Tiba di Ipoh.

       Satu perkembangan terbaru yang menarik minat saya adalah apabila DiGi mengumumkan bahawa akses kepada pakej DiGi Broadband telah diterima di Ipoh. Untuk itu, saya telah membuat semakan peta dalam lama web digi dan mendapati beberapa bahagian di kawasan Ipoh bermula dari Kawasan Kampung Tawas di sebelah utara, Taman Camay di sebelah selatan, Taman Pertama di sebelah timur dan kawasan Ulu Kinta di sebelah barat telah mendapat akses DiGi Broadband.


     Selama ini, kawasan Ipoh hanya mendapat akses kepada Edge sahaja. Perkembangan ini membawa petanda baik kepada kaki-kaki broadband kerana ini member peluang kepada para pengguna untuk mencuba sendiri perkhidmatan broadband yang disediakan oleh DiGi.
    Berbekalkan dengan pakej yang amat menarik Digi adalah merupakan pilihan utama saya sebagai ISP. Selama ini saya menggunakan DiGi “Unlimited Data Access Plan” berdasarkan kepada Edge, dan saya amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Harapan saya adalah DiGi akan terus memperkembangkan kawasa DiGi broadband sehingga ke kawasan Kelebang kerana saya menetap di sana.
Go DiGi..!!

4 ulasan:

hentian berkata...

DIGI tak popular di sini. Hi.. Hi.. Celcom jadi pilihan utama.

Firdaus berkata...

Celcom pun bagus jugak...
Tapi.. kalau dekat kawasan rumah emak... streamyx je yang ok... yang lain... tak boleh jalan...

Unknown berkata...

untuk hal2 wireless broadband ... kalau jarang user kat kawasan u ... speed dia laju gilerrr... Celcom dan Maxis terlalu banyak user looo ... wahai kawan2 ku ... try lahhh Digi baru tahu speed yang sebenar ...

Firdaus berkata...

Ya betul tu.. Go Digi!!

Catat Ulasan