Spongebob Squarepants Dan Stanley S. Squarepants


Saya minat sungguh dengan cerita kartun ini. Lawak jenakanya bukan sahaja menghiburkan malahan ada juga perkara yang boleh dijadikan iktibar. Minggu ni spongebob menerima kunjungan dari saudaranya Stanley. Stanley adalah seorang budak yang bermasalah dimana dia tidak mampu melakukan apa-apa kerja. Dengan bantuan spongebob dia ditawarkan untuk berkerja di Crusty Crab bersama Spongebob. Banyak masalah yang dilakukan oleh Stanley sehingga akhirnya Mr Crab telah memecatnya dan menyuruh Stanley bekerja dengan pesaing utamanya Mr Plankton dengan tujuan untuk menjatuhkannya.

Apa pengajarannya ?


1. Seorang pekerja yang baik akan membawa keuntungan kepada syarikat sebaliknya pekerja yang bermasalah akan membawa bersama masalahnya ke dalam syarikat.
2. Pekerja yang baik menyiapkan kerja manakala pekerja yang bermasalah selalu mengungkapkan "Sorry Bos".
3. Kualiti yang ada pada spongebob adalah sabar, jujur, sangat-sangat berfikiran positif, rajin berusaha, menghormati kerjayanya, minat dengan kerjanya, bercakap benar, dan setiakawan.
4. Marah untuk membetulkan kesalahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan