Mengenali Joomla! ?

logo
Joomla boleh dikategorikan dalam ‘Content Management System’ iaitu system yang dibangunkan untuk menguruskan antaramuka laman web. Sebelum ini, sekiranya saya ingin membangunkan laman web, perkara pertama yang perlu saya tau adalah kod HTML kerana ia adalah perkara asas dalam membangunkan laman web.

Dengan penggunaan Joomla! Pembangunan laman web tidak bergantung 100% kepada kemahiran pengaturcaraan kerana semua perkara asas yang diperlukan untuk sesuatu laman web telah disediakan dalam bentuk modul dimana sedikit setting sahaja diperlukan untuk meletakkan sesuatu objek di paparan laman web. Dengan cara ini, ia dapat memudahkan proses pembangunan dan kemaskini sesuatu laman web.
Joomla! Dibangunkan dengan PHP5 dengan database mysql dan buat masa ini, versi yang terkini adalah 1.5.Dengan sokongan OPEN SOURCE, joomla boleh didapati dengan percuma. Disamping itu, terdapat banyak template Joomla! Yang menarik dan boleh didapati secara percuma. Walaupun begitu, saya perlu mengambil sedikit masa untuk mempelajari bagaimana menggunakan menu-menu yang terdapat dalam Joomla. Maklumat lanjut mengenai  Joomla!, sila layari www.joomla.org.
juni_pos

Tiada ulasan:

Catat Ulasan