Offline yang menggamatkan.


Tanggal 23/12/2009 9.30 am.Shasrul memberitahu bahawa server admindept dah down. Bersama-sama Kak Ijan dan Baha, kami cuba mencari punca kepada masalah tersebut. Error mesej yang saya dapat daripada skrin adalah



“Adapter Configuration may have changed,reconfiguration is suggested. LSI logic corp. MPT Boot Rom, no supported device found”. Kesan kepada kejadian ini menyebabkan :
1.                          Database untuk bahagian admindept down.
2.                          E-mail server down.
3.                          DNS Server down.
4.                          Beberapa system web down.

Berikut adalah langkah-langkah yang kami ambil untuk menyelesaikan masalah tersebut.



1.                          Server Offline pada 9.30 am.
2.                          Semak hard disk – dengan menggunakan windows recovery console, saya mendapati fail-fail windows masih lagi berada dalam keadaan baik. Ini meyakinkan saya bahawa, masalah ini bukan berpunca dari kegagalan hard disk.
3.                          Carian dalam internet – Kami mencari sebarang artikel mengenai cara penyelesaian bagi masalah tersebut.
4.                          Reset SCSI drive – Mulanya kami cuba reset kembali SCSI drive dengan menggunakan LSI Logic configuration manager, namun usaha tersebut tidak mendatangkan hasil.
5.                          Reset SCSI sequence – Pada tahap ini, kami mendapati bahawa terdapat ralat pada SCSI sequence dimana first boot telah merujuk kepada hard disk yang salah, dengan menukar first boot  SCSI drive kepada sequence yang pertama, telah Berjaya menyelesaikan masalah tersebut.
6.                          Server kembali Online pada 5.30pm.
7.                          Punca kejadian ini masih dalam siasatan.
Berdasarkan kepada kejadian ini, beberapa perkara perlu diambil perhatian:
1.                          Pastikan bahawa Database backup & email backup berada dalam keadaan yang baik dan boleh digunakan pada masa kecemasan.
2.                          Setup Secondary Domain Server sebagai backup kepada admindept.
3.                          Cari punca masalah “Adapter Configuration may have changed,reconfiguration is suggested”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan