Ia dibangunkan dengan PHP5 dan menggunakan database mysql. Ia diedarkan dibawah GNU/PGL license dimana pengguna bebas untuk menggunakan perisian ini tanpa melibatkan sebarang kos. Saya sendiri telah siap memasang perisian ini untuk kegunaan syarikat dimana diharapkan ia dapat memudahkan proses pemantauan terhadap semua perkakasan dalam unit IT dan juga memudahkan proses pemantauan aduan kerosakan perkakasan.
Saya amat meminati antaramuka system ini yang mudah difahami dan juga pantas. Namun buat masa ini saya menghadapi sedikit kesukaran untuk mendapatkan dokumentasi system ini dalam bahasa inggeris kerana kebanyakannya ditulis dalam bahasa Perancis.
Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web rasmi GLPI di alamat http://www.glpi-project.org/spip.php?article44
Tiada ulasan:
Catat Ulasan