Motivasi Rumput

Hari ini saya mencangkul rumput dekat depan rumah.. Letih, tapi baik untuk kesihatan. Badan pun berpeluh. Teringat apa pesan abah dulu, "Kamu kena buat kerja luar jugak, baru badan berpeluh, garam tak simpan dalam badan, badan jadi sihat". Betul cakap abah tu, lepas buat kerja-kerja macam ni, badan rasa lain sikit, lebih cergas.

Kata Dr HM  Tuah Iskandar al-Haj dalam buku dia bertajuk "Jangan Main-Main" tentang rumput "Walau macam mana kita buat kat rumput, dia tetap tumbuh dan tumbuh". Rumput tak pernah mengalah, walau macam mana kena cantas pun, dia tetap tumbuh. Tak pernah kisah apa yang orang buat kat dia. Minggu ni aku potong, minggu depan dia naik balik. Hebat betul..

Kita ni, kalau berdepan dengan masalah jangan cepat mengalah, teruskan berusaha walau macam mana susah pun Kerana setiap yang susah tu pasti ada kesenangan yang bakal menanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan