TM HSBB bakal dilancarkan suku tahun pertama 2010

Telekom Malaysia melaporkan bahawa projek "High Speed Broadband (HSBB)" sedang dilaksanakan dan dijangkan akan dilancarkan pada suku pertama 2010. Pada masa ini, pembangunan infrastruktur sedang giat dilaksanakan dan sudahpun melangkaui lembah kelang menuju ke Putrajaya dan Nusajaya. Sehingga 31 Disember 2009 TM telahpun berjaya menyediakan perkhidmata HSBB untuk lebih 152,000 kediaman di sekitar lembah klang.



Projek ini telah ditandatangani pada bulan September 2008 diantara TM dan Kerajaan Malaysia yang menelan belanja sebanyak 11.3 Billion. Objektif utama projek ini adalah untuk meneyediakan perkhidmatan broadband yang pantas di seluruh Malaysia. Sehingga penghujung 2012, TM akan menyediakan perkhidmatan HSSB untuk 1.3 juta kediaman di seluruh Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan